PELAJARAN: INJIL YOHANES DI KATAKAN UNIK.

1. Hampir 90% Injil Yohanes adalah unik iaitu yang tertulis dalam Injil Yohanes tidak terdapat dalam injil sinoptik seperti percakapan Nikodemus dan perempuan Samaria. 2. Cara Yesus mengajar tidak sama seperti dalam injil Sinoptik: Yesus tidak menggunakan perumpamaan di dalam Injil Yohanes. Yesus banyak menggunakan wawancara secara peribadi dan pengajaran panjang. 3. Dalam Injil Yohanes, Yesus tidak ada pelayanan mengusir roh-roh jahat, tidak ada persekutuan dengan orang berdosa dan kerajaan Allah hanya disebut dua kali. 4. Injil Yohanes mempunyai 8 mujizat dan 5 daripada bersifat unik kerana tidak terdapat dalam Injil Sinoptik. 5. Banyak peristiwa penting tidak terdapat dalam Injil Yohanes seperti Baptisan, Percobaan Yesus, Perubahan Tubuh Yesus dan pengajaran mengenai penjamuan Tuhan. 6. Terdapat juga cerita-cerita yang tidak terdapat dalam Injil Sinoptik seperti Air menjadi Anggur, Percakapan Nikodemus dan perempuan Samaria, Yesus membasuh kaki anak muridNya, Keraguan Thomas dan Kebangkitan Lazarus. 7. Injil Yohanes mencatatkan banyak hal tentang pelayanan Yesus di daerah kota Yudea dan Yerusalem yang tidak ditulis oleh ketiga Injil yang lain. 8. Tentang perayaan ‘Hari Paskah’ iaitu Injil Yohanes menyatakan 3 kali hari paskah dan kemungkinan ada satu lagi perayaan Hari Paskah. Ini sekali gus membuktikan pelayanan Yesus sekurang-kurangnya 3 tahun setengah. Manakala Injil Sinoptik hanya menyebut sekali sahaja hari Paskah. 9. Di dalam Injil Sinoptik identitas Yesus Kristus dirahsiakan manakala dalam Injil Yohanes identiti Yesus didedahkan dari mula-mula. 10. Injil Sinoptik menyebut tentang kerajaan Tuhan yang meliputi pertobatan, kelakuan dan hidup benar dihadapan Tuhan sementara Injil Yohanes tidak berbicara banyak mengenai Kerajaan Tuhan tetapi banyak berbicara mengenai kehidupan kekal dan keilahian Yesus Kristus. 11. Rasul Yohanes tidak menggunakan Injil Sinoptik untuk menulis. * Injil Sinoptik adalah Injil Matius, Markus dan Lukas.

Popular Posts