Kuiz Alkitab dari Injil Yohanes

1)   Di manakah Injil Yohanes di tulis?

A) Jerusalem
B)  Antiokhia
C)  Roma
D) Efesus

2)   Kenyataan yang manakah TIDAK TEPAT mengenai Rasul Yohanes?

A) Dia seorang nelayan.
B)  Bapanya bernama Zebedeus.
C)  Dia mempunyai rumah sendiri.
D) Murid yang di kasihiNya

3)   Berdasarkan Injil Yohanes 1:18, siapakah yang telah melihat Tuhan?

A) Orang Farisi
B)  Tiada sesiapapun
C)  Murid-murid Yesus
D) Murid yang di kasihiNya


4)   Dengan apakah Yesus memberikan lima ribu orang makan?

A) Lima ekor ikan dan dua roti jelai
B)  Dua ekor ikan dan lima roti jelai
C)  Dua belas bakul roti
D) Lima roti jelai dan tiga ekor ikan

5)   Tuhan Yesus Kristus memberitahu Nikodemus tiada seorangpun yang dapat melihat kerajaan Tuhan selain dia?

A) Memberikan makanan kepada orang miskin
B)  Tidak menghakimi orang lain
C)  Menaati perintah Tuhan
D) Di lahirkan baru

6)   Mengapakah orang Yahudi begitu marah kepada Tuhan Yesus Kristus kerana menyembuhkan orang sakit di Kolam Betesda?

A) Kerana orang sakit itu berdosa
B)  Sebab orang sakit itu percaya kepada Yesus.
C)  Sebab Yesus menyembuhkannya ketika hari sabat
D) Sebab orang sakit itu melanggar hari sabat

7)   Di manakah tempat tinggal Lazarus?

A) Jerusalem
B)  Betania
C)  Jeriko
D) Damascus

8)   Pilih yang manakah perayaan dan ibadah tertentu yang terdapat di dalam Injil Yohanes?

i)     Hari Paskah
ii)   Hari Sabat
iii) Hari Raya Pentahbisan Bait Allah di Yerusalem
iv) Hari Pondok Daun

A) i dan ii
B)  ii dan iii
C)  i, ii dan iii
D) Semua yang dinyatakan

9)   Rasul Yohanes mempunyai pengetahuan langsung terhadap peristiwa-peristiwa yang berlaku semasa pelayanan bersama Tuhan Yesus Kristus. Pilih satu kenyataan yang TEPAT?

A) Jumlah tempayan-tempayan di Perkahwinan Cana sebanyak 7 buah (Yohanes 2:6)
B)  Jumlah tahun kesakitan iaitu 38 tahun (Yohanes 5:5)
C)  Nama seorang hamba yang telingganya oleh Petrus iaitu Markus (Yohanes 18:10)
D) Jumlah ikan yang ditangkap di danau Galilea iaitu sebanyak 151 ekor (Yohanes 21:11)

10)    Yang manakah gaya pengajaran Tuhan Yesus Kristus yang TIDAK terdapat dalam Injil Yohanes?

A) Wawancara peribadi
B)  Debat atau dialog
C)  Perumpamaan
D) Pengajaran peribadi dengan muridNya

11)    Antara berikut yang manakah peristiwa terdapat dalam Injil Yohanes?

A) Kelahiran dan peristiwa waktu muda Tuhan Yesus Kristus.
B)  Percubaan Tuhan Yesus Kristus di padang gurun.
C)  Pengusiran roh-roh jahat.
D) Kebangkitan Lazarus.

12)    Di dalam Injil Yohanes terdapat tujuh perkataan ‘Aku adalah…?. Pilih yang manakah yang tepat?

i)     Aku adalah Pintu Syurga
ii)   Aku adalah Roti Hidup
iii) Aku adalah Terang Dunia
iv) Aku adalah kebangkitan dan hidup

A)      i, ii dan iii
B)      ii, iii dan iv
C)      iii dan iv
D)      Semua yang dinyatakan

13)    Pilih kombinasi perkataan ‘Aku adalah….’ dengan petikan firman yang tepat?

i
Aku adalah Gembala yang baik
Yohanes 10:11
ii
Aku adalah kebangkitan dan hidup
Yohanes 11:25
iii
Aku adalah Jalan Kebenaran dan hidup
Yohanes 14:6
iv
Aku adalah Pokok anggur yang benar
Yohanes 15:1

A)      i, ii dan iii
B)      ii, iii dan iv
C)      iii dan iv
D)      Semua yang dinyatakan

14)    Terdapat tujuh tanda yang terdapat dalam Injil Yohanes. Yang manakah paling TEPAT?

A)      Tuhan Yesus menyembuhkan orang buta di Kota Yeriko
B)      Menyembuhkan orang buta sejak lahir
C)      Kesembuhan orang lumpuh di Samaria
D)      Anak pegawai askar disembuhkan

15)    Menurut Tuhan Yesus Kristus, apakah kasih yang terbesar?

A) Memberikan dengan sukacita kepada orang miskin
B)  Memaafkan orang yang bersalah terhadap kita
C)  Memberikan nyawanya untuk sahabat-sahabatnya.
D) Mencari dahulu kerajaan Allah.

16)    Pilih kombinasi tanda-tanda mujizat di dalam Injil Yohanes dengan petikan ayat yang tepat?

i
Mengubah air menjadi anggur
Yohanes 2:1-11
ii
Memberikan 5 ribu orang makan
Yohanes 6:1-4
iii
Berjalan atas air
Yohanes 7:1-14
iv
Kebangkitan Lazarus
Yohanes 10:1-44

A)      i dan ii
B)      ii dan iii
C)      iii dan iv
D)      Semua yang dinyatakan

17)    Rasul Yohanes mempunyai pengetahuan mengenai Palestina. Yang manakah betul?

A)      Samaria diletak diantara Yerusalem dan Galilea.
B)      Sumur Yakub di Sikhar.
C)      Kolam di Betseda di Samaria.
D)      Serambi Daud.

18)    Kata____________ kepada-Nya: "Tuhan, tunjukkanlah Bapa itu kepada kami, itu sudah cukup bagi kami. - Yohanes 14:8

A)      Yesus
B)      Petrus
C)      Filipus
D)      Tomas

19)    Pada pendapat kamu, apakah jenis kekuasaan yang TEPAT mengenai mujizat kesembuhan tersebut dibawah?


 

A)      Kekuasaan atas kematian.
B)      Kekuasaan atas alam semesta.
C)      Kekuasaan atas kualiti.
D)      Kekuasaan atas jarak.

20)    Selepas Yesus ditangkap, pada mulanya Dia dibawa menghadap kepada siapa? (Yohanes 18:13)

A) Pilatus
B)  Hanas
C)  Orang ramai
D) Barabas
21)    Ketika Pilatus mendengar perkataan itu, ia menyuruh membawa Yesus ke luar, dan ia duduk di kursi pengadilan, di tempat yang bernama Litostrotos, dalam bahasa _______ Gabata (Yohanes 19:13).

A) Yunani
B)  Yahudi
C)  Aramiac
D) Ibrani

22)    Berdasarkan Injil Yohanes, apakah kata-kata terakhir Tuhan Yesus Kristus kepada ibunya Maria? (Yohanes 19:26)

A) Saya mengasihi ibu
B)  Doakan diri Saya
C)  Ibu, inilah, anakmu
D) Tuhan bersama kamu

23)    Berikut adalah nama-nama yang menyaksikan Tuhan Yesus Kristus disalibkan? (Yohanes 19:25)

i)                    Rasul Petrus
ii)                  Maria Magdalena
iii)                Maria ibu Yakobus (Ibu Yesus sendiri)
iv)                Filipus

A) i dan ii
B)  ii dan iii
C)  iii dan iv
D) Semua yang dinyatakan

24)    Pilatus memberikan kebenaran kepada Yusuf dari Arimatea (murid Yesus) untuk menurunkan mayat Yesus dari atas kayu salib (Yohanes 19:38). Siapakah pula yang membawa campuran mur dengan gaharu?

A) Maria Magdalena
B)  Nikodemus
C)  Petrus
D) Ibu Maria

25)    Kemudian Yesus menampakkan diri lagi kepada murid-murid-Nya di pantai danau ________ dan Ia menampakkan diri sebagai berikut (Yohanes 21:11)

A) Danau Tiberias
B)  Danau Galilea
C)  Danau Kapernaum
D) Danau Samaria

~Robin Maramat, M.C.S~

No comments:

Post a Comment

Popular Posts