Saya bersyukur
kerana walaupun topik pada anggapan saya ringan sahaja namun demikian ternyata
tanggapan saya silap, diskusi dan pertanyaan rohani sangat menarik sehingga
berlangsung lebih daripada masa yang ditetapkan.
Saya mulakan topik
kemurahan ini dengan membawa mereka kepada satu kunci utama iaitu
segala-galanya bermula daripada kemurahan hati Tuhan. Daripada kisah kain dan
habel di dalam kejadian 4, Tuhan berkenan kepada persembahan yang murni
daripada habel.
Saya juga
menyentuh ayat di dalam Maleakhi 3:10 yang selalu diguna pakai dalam menerangkan
hal-hal pemberian. Orang
Isreal pada zaman Maleakhi iaitu merupakan zaman setelah zaman pembuangan orang Isreal. Latar
belakang dari kitab Maleakhi ini merupakan lanjutan dari masa Zakharia
dan Hagai
di mana orang-orang Yahudi telah membangun kembali bait suci mereka. Namun demikian, Maleakhi sangat kecewa kerana dengan
sikap orang Isreal setelah kembali dari pembuangan menceritakan mengenai
kemurtadan Israel. Sikap ini ditunjukkan dalam persembahan Israel di
mana bangsa Israel tidak menyerahkan persepuluhan atau persembahan sebagaimana
semestinya. Hal ini berarti bahwa Israel telah merampas apa yang
menjadi milik Allah. Jadi, Maleakhi menulis pada petikan 3:10 menyeru supaya
orang Isreal pada ketika itu supaya bertobat dalam hal-hal pemberian.