Mengapa orang Kristian harus bersyukur?

Roma 1:21-22 Sebab sekalipun mereka mengenal Allah, mereka tidak memuliakan Dia sebagai Allah atau mengucap syukur kepada-Nya. Sebaliknya pikiran mereka menjadi sia-sia dan hati mereka yang bodoh menjadi gelap. Mereka berbuat seolah-olah mereka penuh hikmat, tetapi mereka telah menjadi bodoh. 

1 Tesalonika 5:18 Mengucap syukurlah dalam segala hal, sebab itulah yang dikehendaki Allah di dalam Kristus Yesus bagi kamu.

Firman di atas mengajarkan kepada kita bagaimana kita memuliakan Allah sebagai Tuhan kita. Kita memuliakan Allah bukan menurut keinginan kita, tetapi menurut keinginan Allah sendiri. Allah menghendaki kita memuliakan Dia dengan cara selalu mengucap syukur.
Mengucap syukur ertinya dengan mulut kita berterima kasih kepadaNya untuk segala hal yang kita terima dan miliki dalam hidup kita. Mengucap syukur berarti kita memuji Tuhan Allah kita. Kita dapat mengucap syukur melalui berdoa, melalui kesaksian kita atau melalui nyanyian puji-pujian kita kepada Allah.

Orang yang tidak mengucap syukur menolak keberadaan Tuhan sebagai pemberi kehidupan. Mereka menganggap kehidupan mereka adalah milik mereka, hak pribadi mereka, dan hasil usaha mereka. Mereka sangat mengandalkan kekuatan manusiawi mereka. Mereka menyangka bahwa dengan akal budi mereka, mereka mampu menyelesaikan semua masalah hidup mereka, bahkan mereka mampu menggantikan Tuhan dengan ilmu pengetahuan dan teknologi manusia. 

MH17: Mendoakan ahli keluarga, sanak-saudara penumpang serta anak kapal yang terlibat.

Tanggal 17 Julai 2014 Kapal Terbang milik Malaysia Airlines telah terhempas di Ukraine berhampiran sempadan dengan negara Russia yang di andaikan telah ditembak jatuh oleh pengganas.

Marilah kita sebagai orang percaya mendoakan semua ahli keluarga dan sanak-saudara penumpang dan juga anak kapal MH17. Moga Tuhan Yesus Kristus memberikan damai sejahtera, penghiburan dan sukacita semasa menghadapi tempoh sukar ini.

Tuhan memberkati.


Setiap impian yang besar dimulai dari suatu yang kecil.

Setiap impian yang besar selalu dimulai dari suatu yang kecil. Sama seperti suatu benih yang kecil mampu menghasilkan suatu pohon yang besar. Ukuran suatu benih tidak selalu berhubungan dengan hasil akhir dari benih tersebut. Sering suatu pohon yang sangat besar hanya memiliki benih yang sangat kecil.

Begitu juga dengan orang-orang yang melakukan hal-hal besar dalam Tuhan, mereka bukan memulainya dari hal-hal besar, tetapi mereka diberi benih kecil yang ditanam Tuhan dalam hati mereka. 

Benih itu mungkin muncul saat mereka masih kecil, masih muda belasan tahun, atau saat mereka mencapai usia dewasa atau tua. Itu semua tidak menjadi masalah apakah saat anda kecil atau tua saat benih itu diberikan, tetapi hal yang menjadi persoalan adalah apa yang anda buat dengan benih yang diberikan kepada anda tersebut?
Ya apa yang anda lakukan dengan benih yang diberikan Tuhan? Benih bisa berupa talenta,bakat, cita-cita, dsb. Tidak peduli anda mendapat satu talenta, dua talenta atau 10 talenta, ukuran besar tidak menjadi masalah seperti ukuran benih. Hal yang penting adalah apa yang anda lakukan dengan benih tersebut?

Kegiatan permurtadan dalam kalangan pelajar Kristian...


Shalom semua.

Minggu ini saya ingin membicarakan suatu bahan bicara yang mungkin sekali sekala di sentuh di dalam Gereja atau dalam sesebuah institusi keluarga orang Kristian.

Setiap institusi kekeluargaan mempunyai suatu visi dan tujuan yang khusus lebih-lebih lagi dalam soal pendidikan anak-anak. Pendidikan secara formal di zaman ini sangat penting oleh kerana tanpa pendidikan yang teratur dan sempurna sukar untuk hidup di dalam dunia serba moden. Sungguhpun kita tidak menafikan Tuhan adalah sumber segala sesuatu tetapi kita masih hidup bertapak di dunia dan terikat dengan sistem dunia maka pendidikan adalah suatu panggilan yang murni dari Tuhan yang harus setiap kita lalui dengan baik.

Perkara pokok yang saya ingin kongsikan selain daripada sesebuah keluarga memenuhi tuntutan persekolahan yang menekan seperti menghantar anak kelas tambahan dan ada kalangan keluarga sanggup bebelanja besar bagi membeli buku-buku rujukun malah menghantar anak ke kelas tuisyen. Tujuan ini semua adalah untuk kemajuan persekolahan anak masing-masing.

Namun demikian, dalam pemerhatian saya ada satu lagi aspek yang harus atau sama penting iaitu pendidikan Alkitab kepada anak-anak. Saya belum pernah terjumpa satupun pusat atau kelas tuisyen yang dibuka bagi anak-anak orang Kristian belajar Alkitab. Kebanyakan keluarga hanya bergantung semata-mata kepada sekolah minggu iaitu sejam sekali di dalam kebaktian gereja. Atau mungkin ibubapa tidak sanggup mengeluarkan sedikit belanja membiayai anak-anak mereka belajar kepada firman Tuhan. Atau pendapat umum pendidikan Alkitab harus diberikan secara percuma di gereja dan mereka meletakkan kebangunan iman anak-anak mereka di atas bahu pihak Gereja semata-mata. Wajarkah pendapat itu?

Ibubapa orang Kristian sanggup bebelanja besar untuk kemajuan anak-anak mereka di sekolah, kolej mahupun university dan ini bagi saya niat dan tujuan itu tidak sama sekali salah. Namun saya cuba memperkatakan satu lagi pendidikan yang sama pentingnya dengan kemajuan persekolahan iaitu pengetahuan mengenai firman Tuhan. Sebab Tuhan mengatakan ‘manusia tidak dapat hidup dengan roti sahaja melainkan firman yang keluar dari Tuhan – Matius 4:4’ dan 2 Timoti 3:16  ‘Segala tulisan yang diilhamkan Allah memang bermanfaat untuk mengajar, untuk menyatakan kesalahan, untuk memperbaiki kelakuan dan untuk mendidik orang dalam kebenaran’
Sudah sampai masanya, setiap institusi kekeluargaan bertindak dengan pelbagai masalah sosial remaja sekarang ini dan salah satu puncanya kurang didikan kepada Alkitab yang secara sistematik dan sempurna. Kegiatan permurtadan dalam kalangan pelajar Kristian di sekolah, kolej dan universiti semakin meruncing oleh kerana segelintir daripada mereka tidak mempunyai dasar iman yang kukuh dan mudah di pengaruhi oleh kerana tiada kebenaran dalam hati mereka yang ada cuma ritual atau aktiviti gereja yang harus di penuhi.


Popular Posts