PELAYANAN KELUARGA (2): CIRI-CIRI DAN CABARAN KELUARGA KONTEMPORARI

JENIS-JENIS KELUARGA terbahagi kepada dua iaitu unit keluarga yang menetap di kawasan Bandar dan yang menetap diluar Bandar. Kedua-dua jenis keluarga ini mempunyai ciri-ciri tersendiri yang boleh dijadikan panduan kepada kita yang ingin terlibat dalam pelayanan keluarga.
Keluarga di bandar melibatkan kos perbelanjaan yang tinggi, pergaulan yang sangat luas melibatkan pelbagai kaum, tahap pendidikan yang lebih tinggi, pekerjaan yang tetap, sentiasa sibuk dan sering mengalami stress dengan pekerjaan dan mempunyai kemudahan asas yang baik. Manakala antara ciri-ciri keluarga diluar bandar pula hubungan sosial melibatkan komuniti yang sama, tidak mempunyai pekerjaan yang tetap, kos perbelanjaan yang rendah, tahap pendidikan yang lebih rendah dari keluarga di Bandar dan kemudahan asas yang sangat kurang.

PELAYANAN KEKELUARGAAN (1): Ajaran Alkitab tentang keluarga.

KELUARGA adalah suatu institusi yang diciptakan oleh Tuhan pada awal penciptaanNya. Matlamat penciptaan institusi kekeluargaan ini adalah untuk memuliakan Tuhan.
Keluarga yang bahagia ialah keluarga yang mengenal Tuhan dan setiap ahli keluarga tersebut mempunyai hubungan yang intim dengan Tuhan sekaligus mampu menyelesaikan segala cabaran dan permasalahan kekeluargaan berdasarkan prinsip-prinsip yang terdapat didalam Alkitab.
Dasar-dasar sesebuah keluarga harus berlandaskan ajaran Alkitab. Ciri-ciri keluarga yang Tuhan jadikan ialah sebagaimana yang terdapat didalam Alkitab iaitu diciptakanNya lelaki dan perempuan untuk berhubung dengan penciptanya iaitu Tuhan. Tuhan akhirnya mempersatukan antara lelaki dan perempuan dalam sebuah ikatan yang suci dan tidak boleh diceraikan (Matius 19:4-6).

IDENTITI SEORANG YANG MASIH MENTAH DALAM MENJADI PENGAJAR FIRMAN


Menjadi seorang pengajar salah satunya akan berbicara mengenai soal identitas. Perilaku seorang pengajar akan diperhatikan 24 jam. Bukan mudah! Soalnya kalau bukan kekuatan dari Tuhan, pasti seorang pengajar firman Tuhan juga akan terjatuh ke dalam percobaan yang berat sama seperti juga seorang Gembala atau Pastor dalam Gereja.

Begitu juga apa yang berlaku kepada Paulus, identitas Paulus yang kuat, berakar di dalam Allah. Allah yang membuat dia menjadi rasul Allah, Allah pula yang memperlengkapi dia dengan perlengkapan rasul dan Allah yang mengirim dia dari satu tempat ke satu tempat. Allah menjadikan Paulus ibu dan ayah dalam iman bagi jemaat yang dilayaninya. Tuduhan dari dunia tidak menggoyahkan kenyakinannya bahkan segala pujian dan kekaguman dari gereja tidak mengubah kenyataan bahawa Paulus menerima pedoman identitasnya dari Allah dan bukan dari dunia atau dari gereja.

KEBANGKITAN: KUBUR YANG KOSONG.

KUBUR YANG KOSONG.

Masih ada banyak kubur-kubur yang lebih megah daripada kubur yang dipakai membaringkan tubuh Juruselamat yang tidak bernyawa 2000 tahun yang lalu. Di mesir, dapat disaksikan tempat kubur firaun-firaun termasyur yang terbaring dalam kekayaan yang mewah dalam makam-makam yang dirancang secara artistik.

Pada hari makam-makam atau kubur masih lagi kelihatan dan boleh dikesan akan tetapi lokasi kubur Yesus tidak diketahui dengan pasti dan tidak dapat dipastikan. Menurut dunia kubur-kubur adalah merupakan bukti kematian dan kebusukan, tetapi kubur Yesus merupakan bukti kehidupan. Bagi kita orang kristian, peristiwa kebangkitan, kubur yang kosong merupakan inti dari iman kita. Tanpa kebangkitan Kristus kita tidak memiliki apa-apa.

Jika seandainya Yesus tidak bangkit dari antara orang mati, tidak ada seorang pun yang akan berfikiran sihat yang akan memuliakan salib yang merupakan alat penyeksaan yang begitu menyeksakan. Melalui kebangkitaNYA bukti kemenangan dari maut dan dosa.

#SAYA TERPANGGIL UNTUK MEMBICARAKANnya...

SHALOM semua yang diberkati dalam nama Tuhan Yesus Kristus.
Hati saya terpanggil untuk membicarakan hal di gambarkan di atas. Istilah 'kafir' ini sering kita dengar dalam media sosial dalam negara. Perbualan mengenai istilah ini kadangkala mengundang perasaan kurang senang.

Saya petik dua firman Tuhan yang menggunakan istilah 'Kafir'

Matius 5:22  Tetapi Aku berkata kepadamu: Setiap orang yang marah terhadap saudaranya harus dihukum; siapa yang berkata kepada saudaranya: Kafir! harus dihadapkan ke Mahkamah Agama dan siapa yang berkata: Jahil! harus diserahkan ke dalam neraka yang menyala-nyala. 

Galatia 2:14  Tetapi waktu kulihat, bahwa kelakuan mereka itu tidak sesuai dengan kebenaran Injil, aku berkata kepada Kefas di hadapan mereka semua: "Jika engkau, seorang Yahudi, hidup secara kafir dan bukan secara Yahudi, bagaimanakah engkau dapat memaksa saudara-saudara yang tidak bersunat untuk hidup secara Yahudi?" 


Secara dasarnya (tidak mendalam), penilaian saya mengenai petikan firman ini adalah istilah 'Kafir' adalah untuk menggambarkan mereka yang belum lagi percaya kepada Kristus dan mereka perlu kepada Kasih Karunia Kristus.

Mari kita orang percaya kepada Kristus melihat istilah ini sebagai suatu yang positif seperti yang tertulis dalam Alkitab. Kenapa positif? supaya kita menjadi sanggup untuk pergi kepada orang belum percaya ini dengan mengkongsikan kasih Kristus kepada mereka. 

TUHAN Memberkati kalian semua. Amen. 



Popular Posts