PELAYANAN KELUARGA (2): CIRI-CIRI DAN CABARAN KELUARGA KONTEMPORARI

JENIS-JENIS KELUARGA terbahagi kepada dua iaitu unit keluarga yang menetap di kawasan Bandar dan yang menetap diluar Bandar. Kedua-dua jenis keluarga ini mempunyai ciri-ciri tersendiri yang boleh dijadikan panduan kepada kita yang ingin terlibat dalam pelayanan keluarga.
Keluarga di bandar melibatkan kos perbelanjaan yang tinggi, pergaulan yang sangat luas melibatkan pelbagai kaum, tahap pendidikan yang lebih tinggi, pekerjaan yang tetap, sentiasa sibuk dan sering mengalami stress dengan pekerjaan dan mempunyai kemudahan asas yang baik. Manakala antara ciri-ciri keluarga diluar bandar pula hubungan sosial melibatkan komuniti yang sama, tidak mempunyai pekerjaan yang tetap, kos perbelanjaan yang rendah, tahap pendidikan yang lebih rendah dari keluarga di Bandar dan kemudahan asas yang sangat kurang.
Ciri-ciri yang terdapat didalam unit keluarga yang tipikal adalah berkait langsung mengenai bilangan ahli keluarga, jumlah saudara mara yang berjauhan, latarbelakang ibubapa, mempunyai orang gaji atau tidak dan keaadan ekonomi keluarga tersebut. Terdapat juga pelbagai struktur kekeluargaan adalah keluarga nuclear yang melibatkan ibu, bapa dan anak-anak. Keluarga yang luas terdiri datuk, nenek yang turut tinggal dalam keluarga tersebut. Keluarga matriaki yang dikawal oleh ibu atau nenek sebagai pembuat keputusan manakala keluarga jenis patriaki yang dikawal oleh bapa atau datuk sebagai pembuat keputusan. Sementara jenis keluarga egalitarian atau keluarga saksama mempunyai kuasa yang sama bagi kedua-dua pihak.
Tahap kesihatan keluarga juga turut memainkan peranan penting yang mengambil kira soal keadaan keluarga tersebut; keluarga yang sihat ialah keluarga yang berkembang dengan sempurna dan anak-anak dapat menikmati kesejahteraan. Keluarga yang bergoyang atau tidak stabil sudah mula timbul pergeseran atau salah faham antara ahli-ahli keluarga. Keluarga yang bermasalah atau mengalami konflik adalah pada peringkat kritikal dan perlu berbincang mencari penyelesaian yang terbaik bagi kedua-dua pihak. Keluarga yang sudah tidak berfungsi lagi ialah dimana penceraian sudah terjadi dan pada tahap ini khidmat terapi kaunseling amat diperlukan seandainya mahu menyelamatkan keluarga ini.
Lazimnya keluarga mempunyai ibubapa yang disebut keibubapaan. Maksud keibubapaan adalah tugas mewujudkan keluarga yang bahagia dan sihat supaya setiap ahli keluarga berkembang sepenuhnya. Antara tugas-tugas ibubapa ialah mengasuh anak, memupuk dan menyediakan keperluaan anak-anak.
Matlamat kekeluargaan ialah membesarkan anak-anak yang sihat tubuh badan, mempunyai pemikiran yang positif dan mempunyai semangat yang baik. Selain itu, matlamat kekeluargaan ialah membesarkan anak yang Tuhan anugerahkan dan seterusnya menunjukkan anak ke ajaran kasih Tuhan. Asas kekeluargaan yang berkesan melibatkan pemupuk (nurture), latihan (training) dan tatatertib, perlindungan (protection) dan menjadi teladan (role model).
Kesimpulannya hari kedua ini, kuliah ini amat beguna dalam menentukan dan mendalami jenis-jenis dan ciri-ciri sesebuah keluarga sebelum memulakan pelayanan keluarga. Memahami maksud keibubapaan dapat membantu kita dalam memberikan motivasi yang tepat dan betul kepada keluarga yang dilayani. Matlamat kekeluargaan harus sejajarnya dengan ajaran Alkitab dalam mendidik untuk menghasilkan anak-anak Allah.

~Robin Maramat~

No comments:

Post a Comment

Popular Posts