PELAYANAN KEKELUARGAAN (1): Ajaran Alkitab tentang keluarga.

KELUARGA adalah suatu institusi yang diciptakan oleh Tuhan pada awal penciptaanNya. Matlamat penciptaan institusi kekeluargaan ini adalah untuk memuliakan Tuhan.
Keluarga yang bahagia ialah keluarga yang mengenal Tuhan dan setiap ahli keluarga tersebut mempunyai hubungan yang intim dengan Tuhan sekaligus mampu menyelesaikan segala cabaran dan permasalahan kekeluargaan berdasarkan prinsip-prinsip yang terdapat didalam Alkitab.
Dasar-dasar sesebuah keluarga harus berlandaskan ajaran Alkitab. Ciri-ciri keluarga yang Tuhan jadikan ialah sebagaimana yang terdapat didalam Alkitab iaitu diciptakanNya lelaki dan perempuan untuk berhubung dengan penciptanya iaitu Tuhan. Tuhan akhirnya mempersatukan antara lelaki dan perempuan dalam sebuah ikatan yang suci dan tidak boleh diceraikan (Matius 19:4-6).

Tujuan institusi kekeluargaan ialah untuk bersandarkan firman Tuhan didalam kejadian 1:28 iaitu melanjutkan keturunan manusia, untuk persahabatan dan memupuk nilai-nilai kekeluargaan. Untuk membentuk institusi kekeluargaan tersebut, maka setiap ahli keluarga harus mempunyai berfungsi dengan baik, bertanggungjawab dan mempunyai peranan masing-masing.
Tanggungjawab suami (Efesus 5:21,25) ialah merendahkan dirinya dan takut kepada Tuhan sebagai kepala atau ketua kepada keluarga yang bertanggungjawab. Menghormati dan mengasihi isterinya sepenuh hati. Suami tidak berkuasa atas tubuhnya sendiri dan menghormati institusi pernikahan dan tidak mencemarkan tubuhnya dengan perzinaan.
Tanggungjawab isteri ialah tunduk kepada suami dan tunduk kepada Tuhan sebagaimana jemaat tunduk kepada Kristus, demikianlah isteri harus tunduk kepada suami dalam segala sesuatu (Efesus 5:23). Isteri juga takut kepada Tuhan dan sering mendoakan keluarganya (Titus 2:3-5).
Peranan ibubapa kepada anak-anak mereka ialah mengajar dan mendidik anak setiap masa dan secara berulang-ulang. Memberikan nasihat dan didikan kepada anak-anak dan tidak menimbulkan rasa marah anak-anak. Ibubapa harus mempunyai iman yang tulus didalam Tuhan dan melakukan perkara yang benar serta tepat dimata Tuhan supaya anak-anak mereka menjadikan ibubapa mereka sebagai teladan dan contoh yang terbaik dalam pembentukan peribadi yang sesuai dengan ajaran Alkitab.
Tanggungjawab anak-anak terhadap ibubapanya ialah mereka perlu menghormati sepenuhnya ibubapa dan menaati segala hal yang diamanahkan oleh ibubapa mereka. Mendengarkan segala nasihat dan tidak mempersia-siakan tunjuk ajar yang beguna dari ibubapa.
Rasul Paulus menjelaskan nilai-niai atau ‘standard’ keluarga yang bahagia adalah suami dan isteri harus menaati Kritus sebagai kepala jemaat [Efesus5:23-25]. Setiap keluarga harus berusaha mencapai dan menaati standard yang ditetapkan ini.
Hubungan kekeluargaan boleh diilustrasikan sebagaimana Kristus yang setia (faithful) dan taat (loyal) kepada perintah Tuhan sanggup mengorbankan hidupNya demi semua manusia. Pengorbanan ini harus diterima dan diresponi kedua-dua belah pihak bagi membentuk institusi kekeluargaan yang Alkitabiah.   
Konsep Tritunggal mengambarkan perhubungan antara ahli-ahli keluarga iaitu perhubungan Bapa, Anak dan Roh Kudus melambangkan perhubungan yang tertinggi. 

 ~Robin Maramat~

No comments:

Post a Comment

Popular Posts