PELAYANAN KELUARGA (3): PEMBENTUKAN KELUARGA

PEMBENTUKAN KELUARGA boleh dijelaskan melalui enam kitaran hidup sesebuah keluarga. Setiap manusia pasti merasai enam kitaran hidup ini yang bermula pada tahap pertama iaitu meninggalkan keluarga dengan bertanggungjawab atas diri sendiri dan belajar berdikari  dalam kewangan. Tahap kedua iaitu melalui alam pernikahan dan pada tahap ini seseorang itu membuka cabang baru kepada keluarganya dengan membentuk system keluarga yang baru.

             
Setelah melalui pernikahan tahap ketiga ialah mempunyai anak-anak kecil dengan menyesuaikan keadaan dan fikiran terhadap peranan baru sebagai ibubapa. Ibubapa seharusnya memberikan ruang kehidupan mereka untuk memelihara dan menjaga anak-anak kecil. Seterusnya tahap keempat iaitu menjaga anak-anak yang telah remaja ke dewasa. Pada tahap ini anak-anak yang meningkat dewasa perlu dididik dengan lebih fleksibel, menyesuaikan diri terhadap kebebasan remaja dan perlu juga menukarkan gaya keibubapaan.

            Tahap kitaran kelima dimana pada tahap ini anak yang sudah besar kemudian meninggalkan ibubapa mereka kerana komitmen pekerjaan dan pernikahan. Maka ibubapa perlu menyesuaikan diri dengan masa kesunyian tanpa anak bersama mereka. Peranan baru mereka sebagai ibu atau bapa mertua. Tahap kitaran keenam di mana diusia yang lanjut peranan menjadi datuk dan nenek kepada cucu mengambil tempat. Pada kitaran keenam isu kesihatan dan menyediakan diri diakhir hayat.

            Salah satu aspek yang kadangkala dihadapi mereka yang berkeluarga ialah apabila berlaku penceraian. Maka setiap pasangan yang bercerai sudah membuat keputusan untuk berpisah dengan pasangan masing-masing. Saat perpisahan ini perlu memikirkan isu kewangan dan harta benda, serta hak penjagaan anak-anak. Penceraian sudah pasti membangkitkan emosi yang negatif dan selepas penceraian pasangan perlu bertanggungjawab kepada anak-anak mereka. Selepas bercerai mereka perlu menyesuaikan diri sebagai ibu atau bapa tunggal. Seandainya ada perkahwinan kali kedua maka mereka perlu bersedia melupakan kenangan lama dan menyediakan diri dengan perhubungan yang baru dan membina keluarga baru.

            Terdapat juga mereka yang mengambil keputusan untuk hidup membujang hingga ke akhir hayat. Disini juga individu tersebut perlu belajar berdikari sendiri, menerima hakikat sebagai berstatus tunggal dan mengembangkan matlamat diluar pernikahan. Selain itu, individu yang mahu hidup bujang perlu bersedia untuk menikmati kebebasan sebagai seorang individu tunggal dan cabaran terbesar adalah kesepian di hari tua.

            Untuk keluarga yang mempunyai anak diperjelaskan gaya keibubapaan meliputi ibubapa yang bersikap authoritarian; mengawal anak-anak dengan tegas, displin yang ketat tanpa pertimbangan, mendidik anak-anak berdasarkan hukuman dan ganjaran dan akhirnya anak-anak merasa takut. Gaya ibubapa yang bersikap cuai pula tidak mempunyai masa dengan anak-anak, tidak berminat, tiada kawalan tingkahlaku dan kebebasan tanpa sekatan terhadap anak-anak.

            Gaya keibubapaan yang autoritatif atau demokratik adalah yang paling berkesan kerana lebih demokratik tetapi menetapkan garis panduan, berminat mengetahui perkembangan dan mempunyai masa untuk bersama anak-anak. Di samping itu, memahami dan mendisplinkan anak-anak dengan penuh kasih saya serta mengajar anak-anak untuk membuat keputusan yang bijak.

            Untuk hari kuliah ketiga, sangat penting untuk dipelajari kerana dapat membantu dalam memahami pembentukan keluarga, mengetahui persediaan menghadapi kesan penceraian, maklumat beguna dalam melayani mereka yang ingin hidup bujang dan mempelajari gaya keibubapaan yang berkesan untuk diterapkan dalam pelayanan keluarga.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts