PELAYANAN KELUARGA (5): GEREJA DAN KELUARGA-RAKAN KONGSI PELAYANAN

PERLAYANAN AHLI KELUARGA memerlukan respon dan penerimaan setiap ahli keluarga kita. Berdasarkan firman Tuhan didalam Isaiah 61, disini jelas bahawa pelayanan keluarga melibatkan membawa khabar baik iaitu Injil Keselamatan dari Kristus kepada keluarga yang bermasalah agar mereka ini dibebaskan dan menerima janji-janji Tuhan.

Selain itu, pelayanan keluarga ini memberikan jalan keluar kepada keluarga-keluarga bermasalah dengan pelbagai strategi dan ini pastilah melibatkan harga yang besar harus kita korban dari segi kewangan, masa dan tenaga. Oleh sebab keluarga-keluarga yang bermasalah biasanya tidak ke gereja maka sangat penting bagi kita yang terlibat dalam pelayanan ini untuk keluar dari gereja dan pergi kepada berkunjung kepada mereka. Seharusnya, pelayanan keluarga dijadikan salah satu misi penting setiap gereja, oleh kerana setiap individu itu bermula dari sebuah keluarga dan ini untuk memperkukuhkan sistem kekeluargaan.

Misi gereja terhadap pelayanan keluarga sangat luas dan berterusan. Bermula dari setiap individu itu bujang ke belia dan kemudiannya berkahwin. Setelah berkahwin keluarga yang terbina akan menanti anak yang pertama dan perkembangan ini berterusan secara kitaran. Setiap pusingan kitaran ini terdapat pelayanan keluarga yang harus berperanan dengan efektif dalam membantu perkembangan setiap keluarga.

Bagaimana pastor boleh mendorong keluarga di gereja? Pelayanan keluarga perlukan kesabaran dan komitmen yang tinggi serta sudah pasti Pastor yang melayani sesebuah keluarga akan berhadapan dengan pelbagai situasi yang sukar. Pastor harus bertindak sebagai pendengar yang tekun dan setia bagi setiap masalah dan menjadi wakil Tuhan. Membawa mesej kasih dan damai sejahtera Kristus ke dalam setiap keluarga yang dilayaninya. Tidak menawarkan harapan yang tinggi secara duniawi untuk menyelesaikan konflik kekeluargaan namun sering merendahkan diri dihadapanNya iaitu Tuhan sendiri yang memberikan jalan penyelesaiaan yang terbaik.

Pelayanan ahli keluarga sendiri juga amat penting bagi seorang hamba Tuhan atau Pastor. Seseorang Pastor harus memberikan contoh yang baik iaitu ahli keluarga dia sendiri harus kukuh dan sihat. Perhubungan antara ahli keluarga harus mencerminkan bahawa didalam keluarganya memiliki Kristus. Sangat penting bagi setiap Pastor untuk memberikan masa yang secukupnya untuk ahli keluarga sendiri dan tidak menjadikan pelayanan sebagai alasan untuk tidak bersama keluarga. Saat teduh, doa bersama dan persiapan rohani amatlah penting agar ahli-ahli keluarga juga diperkukuhkan dengan hal-hal rohani dan firman Tuhan.

Kesimpulannya pelayanan keluarga haruslah menjadi misi penting dalam gereja. Mesej dibawa kepada keluarga bermasalah harus sesuai dan tepat berdasarkan nilai-nilai yang terdapat dalam Alkitab. 

~Robin Maramat~

No comments:

Post a Comment

Popular Posts