PERLABURAN YANG BERNILAI?

Pelaburan? Jika kita belajar ilmu ekonomi, kita pasti lebih faham. Atau sekurang-kurangnya kita menonton TV di segmen saham dan dunia perniagaan-maka sudah pasti kita akan terdedah serba sedikit dengan konsep pelaburan.
Melibatkan aktiviti jualan dan belian di Wall street, US. Bursa Saham Malaysia atau dulu kenali sebagai BSKL.

Pernah ka anda terfikir bahawa TUHAN juga ada mengamalkan polisi pelaburan yang luar biasa. Dalam kita tidak sedar, TUHAN suka membeli dengan harga yang murah dan menukarkan ia menjadi keuntungan yang berlimpah.

Tetapi agak berlainan bagi kita manusia, ada di antara kita tidak memandang harga yang murah kerana diyakini tidak berkualiti. Cth: Barangan buatan Cina, buatan Jepun, barangan buatan Jepun, US dan Eropah. Kita lebih terarah kepada harga yang tinggi. Kita terfokus kepada benda-benda yang bernilai sahaja. TAPI harus kita ingat, tidak semua yang murah itu tidak bernilai.

Kita lihat bagaimana Tuhan Yesus membeli kita semua? Dia membeli kita dengan harga yang begitu besar. Di dalam John 3:16. Kerana begitu besar....

Namun dalam masa yang sama, Tuhan Yesus Kristus membeli yang tidak ada nilai...TIDAK bernilai dalam erti kata .... Kita telah menyalibkan Dia diatas Kayu Salib dan menebus semua dosa kita....

Keinginan Tuhan ialah untuk menyelamatkan mereka yang bersedih hati dan menukarkan mereka menjadi saksi kebenaran mengenai apa yang Tuhan Yesus Kristus tawarkan untuk manusia.

Psa 50:15 Berserulah kepada-Ku di waktu kesesakan, Aku akan membebaskan kamu, dan kamu akan memuji Aku." Apabila anda kehabisan pilihan dan tidak boleh membantu diri sendiri, pada masa itulah Yesus mahu menyelamatkan anda. DAN keputusannya? Anda harus memberikan semua kemuliaan kepadaNya.

Lihatlah kepada siapa Yesus mahu melabur?
 Dia mengambil seorang nelayan dan menukarkan dia menjadi seorang penginjil yang hebat - Markus.
 Dia mengambil seorang pembunuh dan menjadikan dia seorang penyampai kepada bangsa Yahudi. - Paul.
 Dia mengambil pelacur dan mengangkat dia kepada kemuliaan dengan keturunan Kristus - Martha.
Dan banyak lagi-pelaburan-pelaburanNYA ke atas manusia.

Jadi, sekiranya anda patah semangat hari ini kerana anda merasa seperti tidak ada atau sesiapa yang peduli, ingatlah bahwa kristus telah membeli anda dan sekarang Dia dalam proses untuk menghasilkan seseorang yang mempunyai prinsip yang luar biasa. Cuma keputusan ditangan anda? Anda mahu dilaburkan atau tidak? Dia melakukan semua itu dengan semua pelaburanNya.

Kita juga perlukan pelaburan yang seperti Tuhan Yesus. Pandang disekeliling kita. Saya pasti ada antara kita yang amat memerlukan pelaburan Yesus ke dalam Hidup kita.

Samaada Kita masih samar-samar mencari identiti sendiri.
Kita masih tercari sinar-sinar bahagia
Kadang-kadang kita cuba meniru orang lain.
Cuba mencuba sesuatu yang belum pasti berkenaan di mata Tuhan.
Kita suka terarah kepada perkara dunia.
Terarah kepada keindahan dan hiburan yang melampau.
Terikat dengan keindahan yang sementara.

Kita tidak mengendahkan orang lain, tidak mendengar nasihat-KITA Beranggapan semuanya Lapuk di telan Zaman. Semasa seseorang perlu diselamatkan, apabila mereka sakit, patah semangat, itulah masanya kita enggan melabur.

Satu cerita kesaksian, iaitu Andrew Carnegie, di US, yang mengumpulkan harta kekayaan daripada perniagaan, pernah mempunyai 43 orang jutawan bekerja untuknya tetapi mereka tidak bermula sebagai jutawan. Apabila ditanya bagaimana dia melakukannya, dia menjawab, “Anda membentuk seseorang sama seperti cara melombong emas. Apabila anda melombong emas anda perlu membersihkan bertan-tan kekotoran untuk medapatkan satu auns emas. Walaupunbagaimanapun, anda bukan mencari kekotoran-anda mencari emas”

Begitu juga pemilik kelab bolasepak Inggeris iaitu Jutawan Russia Roman Abromovich yang melaburkan begitu banyak wang untuk menjadikan Kelab Chelsea menjadi antara yang terbaik dan hasilnya hampir semua pemain Chelsea menjadi terkenal dan kaya-raya.

Secaranya ringkas, tidak ada orang boleh menjadi kaya tanpa memperkayakan orang lain.
Begitu juga TUHAN Yesus dia melaburkan kita dengan membersihkan kita dari kekotoran dosa dan kemudian membentuk kita menjadi emas yang cukup mahal hargaNYA.

Akhirnya sekiranya Yesus mahu membeli dengan harga yang rendah dan menjadikan pelaburanNya sebagai batu permata yang berharga, persoalannya kita juga perlu membuat pelaburan yang sama terhadap sesama manusia? Jawapannya pada diri saudara/I sendiri.

Salam damai sejahtera bagi kita semua.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts