KHOTBAH dari Yohanes 14:1-6






Teks Khotbah : YOHANES 14:1-6 Topik : JANJI KESELAMATAN TUHAN
Ringkasan penjelasan topik : setiap manusia yang percaya kepada Tuhan pasti beroleh kehidupan yang kekal di rumah Bapa.
Tujuan : Memberikan kesedaran tentang adanya kehidupan kekal disediakan Tuhan bagi semua orang yang percaya.

Pendahuluan   

1)           Menyatakan adat manusia tidak dapat menyelamatkan dengan tidak
menyinggung budaya setempat.
2)           Kemanakah roh orang yang tidak percaya selepas meninggal dunia? – Pengkhotbah 12:7
3)            Bagaimana pula Tuhan Yesus Kristus bekerja? Mari kita membaca Yohanes 14:1-6

PERLABURAN YANG BERNILAI?

Pelaburan? Jika kita belajar ilmu ekonomi, kita pasti lebih faham. Atau sekurang-kurangnya kita menonton TV di segmen saham dan dunia perniagaan-maka sudah pasti kita akan terdedah serba sedikit dengan konsep pelaburan.
Melibatkan aktiviti jualan dan belian di Wall street, US. Bursa Saham Malaysia atau dulu kenali sebagai BSKL.

Pernah ka anda terfikir bahawa TUHAN juga ada mengamalkan polisi pelaburan yang luar biasa. Dalam kita tidak sedar, TUHAN suka membeli dengan harga yang murah dan menukarkan ia menjadi keuntungan yang berlimpah.

Kuiz Alkitab dari Injil Yohanes

1)   Di manakah Injil Yohanes di tulis?

A) Jerusalem
B)  Antiokhia
C)  Roma
D) Efesus

2)   Kenyataan yang manakah TIDAK TEPAT mengenai Rasul Yohanes?

A) Dia seorang nelayan.
B)  Bapanya bernama Zebedeus.
C)  Dia mempunyai rumah sendiri.
D) Murid yang di kasihiNya

3)   Berdasarkan Injil Yohanes 1:18, siapakah yang telah melihat Tuhan?

A) Orang Farisi
B)  Tiada sesiapapun
C)  Murid-murid Yesus
D) Murid yang di kasihiNya

TIP: Bagaimana memulai KELOMPOK SEL?

1)   Tujuan kelompok kita:
Mengubah dan membimbing keluarga ke dalam terang kasih Tuhan Yesus Kristus

2)  Visi kelompok Kecil:
Menjangkau keluarga yang terabai

3)  Nama kelompok kecil:
FOLLOW ME / IKUTLAH AKU [MATIUS 4:19]

4)  Nama ketua kelompok: ?

5)   Calon penolong Ketua: ?

6)  Pengajar/Cikgu: ?

7)   Masa pertemuan (Contoh)
Hari                : Rabu
Masa               : 7.30-8.30 malam  
Tempat          : Bergilir-gilir di rumah ahli-ahli kelompok

BELAJAR DARI KEPIMPINAN NABI NEHEMIAH

Pengenalan

Lumrah manusia yang berada di dunia ini, kita tidak dapat lari dari dipimpin dan menjadi pemimpin. Dari umur seawal bayi sehingga menjadi dewasa kita dipimpin dan dipandu oleh kedua-dua ibubapa sehingga kita boleh ‘berdiri atas kaki sendiri’ atau dalam erti kata lain dapat berdikari tanpa dipimpin oleh kedua ibubapa kita. Setelah dewasa, dalam sedar atau tidak kita belajar menjadi pemimpin kepada kita sendiri, dalam keluarga atau dalam komuniti yang hampir dengan kita.

Hari ini juga kita menyaksikan rakyat dipimpin oleh Ketua Negara, sesebuah syarikat dipimpin oleh pengurus dan dalam gereja juga jemaat dipimpin oleh ketua gereja. Pemimpin boleh didefinisikan sebagai seseorang manusia yang dilantik untuk berperanan mengurus sesebuah organisasi atau institusi dalam suatu jangka masa yang panjang atau pendek. Apa yang ingin kita bicarakan pada hari ini ialah dalam konteks kita sebagai anak-anak Tuhan iaitu ‘PEMIMPIN YANG DIPAKAI TUHAN LUAR BIASA PADA HARI INI?

PELAYANAN KELUARGA (5): GEREJA DAN KELUARGA-RAKAN KONGSI PELAYANAN

PERLAYANAN AHLI KELUARGA memerlukan respon dan penerimaan setiap ahli keluarga kita. Berdasarkan firman Tuhan didalam Isaiah 61, disini jelas bahawa pelayanan keluarga melibatkan membawa khabar baik iaitu Injil Keselamatan dari Kristus kepada keluarga yang bermasalah agar mereka ini dibebaskan dan menerima janji-janji Tuhan.

Selain itu, pelayanan keluarga ini memberikan jalan keluar kepada keluarga-keluarga bermasalah dengan pelbagai strategi dan ini pastilah melibatkan harga yang besar harus kita korban dari segi kewangan, masa dan tenaga. Oleh sebab keluarga-keluarga yang bermasalah biasanya tidak ke gereja maka sangat penting bagi kita yang terlibat dalam pelayanan ini untuk keluar dari gereja dan pergi kepada berkunjung kepada mereka. Seharusnya, pelayanan keluarga dijadikan salah satu misi penting setiap gereja, oleh kerana setiap individu itu bermula dari sebuah keluarga dan ini untuk memperkukuhkan sistem kekeluargaan.

PELAYANAN KELUARGA (4): PERKEMBANGAN CINTA SAYANG DALAM KELUARGA

DALAM KEHIDUPAN BERKELUARGA sudah pasti banyak cabaran. Cabaran ini terbahagi kepada dua iaitu cabaran dalaman dan cabaran luaran keluarga.

Cabaran dalaman berkeluarga meliputi perhubungan antara ibubapa yang sudah lanjut usia, hubungan dengan anak-anak, hubungan dengan datuk dan nenek serta cucu. Cabaran seterusnya ialah melibatkan penyelarasan aspek kewangan sesebuah keluarga, penyesuaian diri dalam kehidupan bersosial dan hubungan ibubapa dengan mertua. Cabaran dalaman ini akan dihadapi semasa kehidupan berkeluarga.

PELAYANAN KELUARGA (3): PEMBENTUKAN KELUARGA

PEMBENTUKAN KELUARGA boleh dijelaskan melalui enam kitaran hidup sesebuah keluarga. Setiap manusia pasti merasai enam kitaran hidup ini yang bermula pada tahap pertama iaitu meninggalkan keluarga dengan bertanggungjawab atas diri sendiri dan belajar berdikari  dalam kewangan. Tahap kedua iaitu melalui alam pernikahan dan pada tahap ini seseorang itu membuka cabang baru kepada keluarganya dengan membentuk system keluarga yang baru.

             
Setelah melalui pernikahan tahap ketiga ialah mempunyai anak-anak kecil dengan menyesuaikan keadaan dan fikiran terhadap peranan baru sebagai ibubapa. Ibubapa seharusnya memberikan ruang kehidupan mereka untuk memelihara dan menjaga anak-anak kecil. Seterusnya tahap keempat iaitu menjaga anak-anak yang telah remaja ke dewasa. Pada tahap ini anak-anak yang meningkat dewasa perlu dididik dengan lebih fleksibel, menyesuaikan diri terhadap kebebasan remaja dan perlu juga menukarkan gaya keibubapaan.

Popular Posts